Semua Ahli Kelab Radio Amatur Borneo, Sabah (BARC)
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Ke-25 BARC 2020 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 22hb Ogos 2020 (SABTU)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 Tengahari
Tempat: Akan diumumkan kemudian
MUAT TURUN NOTIS MESYUARAT AGUNG 2020
MUAT TURUN BORANG PENCOLONAN 2020
MUAT TURUN BORANG RESOLUSI 2020
MUAT TURUN TATA CARA PEMILIHAN AHLI LEMBAGA
Agenda-agenda Mesyuarat Agung ke-25 ini adalah seperti berikut:-
- Kata alu-aluan daripada Presiden BARC.
- Pengesahan minit mesyuarat agung ke-24 yang bertarikh 13hb April 2019.
- Laporan Setiausaha 2019.
- Laporan Bendahari – Penyata Tahunan Akhir 2019.
- Laporan Projek 2019.
- Laporan Aset/Harta-Benda BARC 2019
- Perkara perkara berbangkit.
- Pembubaran Ahli Jawatan Kuasa BARC 2018 – 2019.
- Melantik Pengerusi Sementara untuk menguruskan Pemilihan AJK BARC sesi 2020-2021
- Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Baru BARC sesi 2020 – 2021.
- Sesi bergambar.
- Mesyuarat selesai.
Kehadiran semua ahli BARC sangat-sangat dialu-alukan untuk menjayakan Mesyuarat Agung ini.
Pada malam 22hb Ogos, Makan Amal bersama ahli-ahli dan keluarga diadakan di Restoran Pak Andi, Tg Aru Plaza. Tiket masuk RM30.00 seorang. Cabutan tiket bertuah juga diadakan.
Sekian terima kasih.
Timothy Kurin (9M6TK)
Setiausaha BARC